Antara Warisan dan Pertimbangan
Antara Warisan dan Pertimbangan
Sejak kecil kita diajar—
kahwin itu mesti ada anak.
Mesti ada zuriat,
penyambung warisan,
penerus generasi.
Iya… seronok, seronok juga.
Tapi akhirnya,
kita yang menanggung tanpa sudah.
Buka mata, jangan lepas.
Jaga… dan terus jaga.
Tapi bila menatap dunia hari ini,
yang makin punah,
makin pedih—
terbit satu tanya dalam hati:
Adilkah untuk mereka…
dilahirkan dalam dunia
yang kita sendiri masih rawat lukanya?
Apakah kita sedang mencipta penutup
kepada sejarah yang luka,
atau benar-benar membentuk
khalifah yang akan memperbaiki semula?
Kerana bukan semua warisan itu legasi,
dan bukan semua kelahiran itu beban—
asal hadir dengan sedar,
dengan doa,
dengan iman.
- Luqman Hakiki