Bara Yang Diam

Bara Yang Diam

Hati membara,
melihat tawa dan gemerlap mereka.
Bukan iri,
cuma luka yang belum sembuh sempurna.

Kita pun ada sisi gelap,
yang tak perlu ditayang,
tak perlu dijerit ke langit.
Cukup tahu, cukup rasa.

Didik hati untuk diam,
walau mulut gatal mahu bersuara.
Biar aku saja tahu,
di sebalik senyum ini,
ada perang yang belum reda.

Lebih baik menunduk,
daripada menuding.
Kerana kekuatan sebenar,
bila yang gelap dalam diri,
kita peluk – bukan lepas pada orang lain.

- Luqman Hakiki

Popular posts from this blog

Hijau: Antara Cahaya dan Bayang

Antara Warisan dan Pertimbangan